Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kecewa dengan sikap adik terhadap ibu bapa

Go down

Kecewa dengan sikap adik terhadap ibu bapa Empty Kecewa dengan sikap adik terhadap ibu bapa

Post  ichunalie Fri Aug 10, 2012 9:40 am

Saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan perempuan tunggal kerana adik beradik yang lain ialah lelaki. Adik bongsu saya memang sering terlibat dengan masalah disiplin sejak di bangku sekolah menengah kerana mengikut pengaruh kawan terutamanya masalah ketagihan hidu gam sehingga kini dan berusia 27 tahun. Ibu bapa sering mengadu kepada saya dan adik kedua kerana sikap adik yang banyak berubah.Akibat ketagihan gam sikap dan cara bertindak adik menjadi agresif, selalu memberontak, degil, tidak boleh dengar pandangan orang, seolah-olah tidak waras. Semasa bekerja di kuala lumpur pun dia asyik minta duit ayah, sedangkan ayah sudah pencen. Setiap bulan minta duit seolah2 menanggung dia sambung pelajaran pula. Bila ditegur dia akan melenting dan mula bertanya adakah ini cara orang berpelajaran bertindak. Semasa ada peluang belajar, dia tak nak belajar, sibuk dengan masalah disiplin sampai nak kena buang asrama. Dia juga sering mengambil duit mak tanpa izin, penah mengeluarkan duit saya di mesin ATM tanpa izin kerana dapat tahu password. Mujur sy cepat sedar, kalau tak, abis la duit sy. Pelik dengan dia, kata kerja tapi tak pernah ada duit. Itu masa di KL. Apabila balik dan tinggal dengan famili, dia masih hidu gam, masih dengan masalah minta duit, hutang dengan kawan, bil telefon tertunggak, ayah yang bayar sebab tak nak dia susah. nak kawin mak ayah dan adik beradik tolong. dah kawin masalah juga, isteri sering dipukul, bergaduh dengan penuh riuh rendah walaupun hal kecil sampai mak ayah malu kat orang sekeliling,Penah keje dengan syarikat jualan, tapi hari2 cash jualan tak cukup, dia ada keje pun tak cukup2 duit, sedangkan tinggal dengan ibu bapa. Mak ayah tak penah minta duit sewa atau makan minum. Tak boleh ditegur, mula la melenting. Sy dah malas nak layan kerenah dia, tegur tak boleh, rasa diri betul je. Ayah beli kereta guna nama dia dengan niat anak2 yang lain pun bole guna, tapi dia monopoli sorg sb kata keta dia, nama dia. Ayah nak guna pun susah. If kami guna utk hantar ayah masa apointment doktor dia akan sms tak henti2 sehingga keta depan mata. Penah nak berparang dengan adik kedua kerana nak kawal kereta tu. Baru2 ni sy tegur sikap negatif isteri dia terhadap mak ayah kerana isteri bercakap dengan kasar dan tidak mahu tolong mak, sedangkan mak banyak bantu dia untuk berniaga dan ayah bagi modal tu, dah senang sikit dan rasa bz sgt mula lupa pertolongan orgtua, dia dapat tahu dan tidak puashati. bagi dia tiada siapa boleh tegur dia atau isteri. Saya memang malas nak balas sebarang sms dari dia sb sy anggap perkara sudah selesai sb isteri dah mula berubah dan terima teguran. Dia pulak yang membesarkan isu yang kecil sehingga menyerang rumah saya, terpekik terlolong depan rumah, rosakkan basikal anak sy, tendang gril pintu sb sy tidak mahu menjawab soalan dia. Memang sy tutup pintu tak benarkan dia masuk sb risau keselamatan anak2. Saya tahu dia dah jadi seolah2 kurang waras, jadi lebih baik sy buat tak layan. Adik kedua cadangkan agar sy adu ke balai polis dan sy lakukan. Semasa kami dipanggil, sy malas nak cakap banyak sb sy tau, dia akan tetap salahkan orang lain. Sy biar dia cakap byk2. Pegawai polis tak benarkan sy bercerita hal lalu yang menyebabkan perubahan sahsiah dan cara fikir tindak dia. Jadi sy rumuskan, bahawa apa yang terjadi pada hari tersebut ialah kerana masalah2 lalu sehinggalah klimaknya sy buat aduan. Sy punsedar dan tahu, tak nak besar2kan hal kecil, tapi dia dah ancam keselamatan. Sy buat aduan tu pun dengan niat agar jadi pengajaran bahawa negara kita da peraturan. Dia dengan bangga menceritakan dia akan menengking shj siapa shj dia rasa salah tmasuk isteri walau isteri penah lari. Dia kata dia yang byk mengalah konon, berbanding saya. Dia lupa apa kesilapan dia penah buat. Dia kata dia sibuk bekerja jadi sy lah yg sepatutnya jaga orang tua, bukan dia dan isteri. Saya pun dilarang menegur isterinya, sb dia je boleh tegur. Sy jelaskan masa tu dia takde, jadi sy tegurlah, dia dan isteri yang tinggal sekali org tua dan banyak menyusahkan orang tua sejak zaman remaja hingga kini, patutnya dia lah yang kena tolong urus pula. sepanjang dia takde, kami yang urus bukan dia yang sibuk minta duit je sampai saya syak dia ni hisap dadah pulak. tak bagi duit je mula la nak melenting. Mak ayah malu dengan sikap adik, tambahan sebelum dia menyerang rumah saya, dia bergaduh dengan jiran sebelah hanya kerana sidai kain di parkir keta. guna keta pun tak tau nak jaga, minyak keta, road tax, service sume org tua tanggung. Dia guna je. Bila tegur marah. Masa di balai, pegawai polis hanya mampu nasihat agar berdamai, tambahan dgn sikap sy yang tak nak panjangkan cerita. hal kecil, tapi dia besarkan sampai menyerang, merosakkan harta dan mengancam keselamatan. Anak2 saya jadi trauma sejak dia serang. Hari2 ketakutan. Dia serang masa suami takde, mana anak tak jadi mcm tu. Lepas kawin, takde katil, sy dan suami yang beri katil, hantaran pun sy sponsor, duit belanja kawin mak ayah tanggung. Pada saya memang tak sedar diri dia ni, orang yang paling banyak menyusahkan orang tua, menghabiskan duit org tua, tapi mengaku dia yang byk mengalah dan berkorban konon. dia tu hidup percuma sampai kawin pun free, tak sedar diri jugak. sekarang ni dia masih cuba nak timbulkan konflik. Sy dah buat tak layan, benci dengan sikap dia dan suami pun tak izin sy tolong apa2 lagi atau reply apa2 sms dia. Sy sudah anggap dia tidak waras dan tidak rasional bertindak. tak tau dah nak buat apa, ibu bapa tetap akan mengadu kat sy. Tolong lah saya. Tertekan sy ni, tapi sy masih cuba kawal diri agar tidak ganggu tugas harian dan kerjaya saya.

ichunalie

Posts : 2
Join date : 10/08/2012

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum