Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Patut ke saya dirujuk pada hospital mental??

2 posters

Go down

Patut ke saya dirujuk pada hospital mental?? Empty Patut ke saya dirujuk pada hospital mental??

Post  amiys3364 Wed Sep 14, 2011 1:20 pm

Umur saya dah mencecah 30thn. Saya cemburu dengan kehidupan kawan2 saya yang dah berkawin dan beranak pinak. Dulu saya seorang happy go lucky. Saya tak rasa kahwin itu penting.

Saya tak cantik tapi saya mudah untuk bergaul dengan sesiapa saja. Itu mgkin keistimewaan saya, letaklah dimana saja, saya pasti dapat kawan.

Semasa masih belajar saya pernah mempunyai seorang teman lelaki, pernah berulang kali mengadakan hubungan intim. Tapi hubungan kami putus di tengah jalan. Kami berpisah kerana merasakan dia tidak sekufu, taraf pendidikannya tidak setaraf.

Sy bukanlah seorang yang mengamalkan seks bebas, tapi kerana kesunyian saya mula menjadi nakal. Saya mendapat kerja di private sector, peluang utk saya berjumpa dengan lelaki yang bekerjaya sangat besar.

Saya berfoya-foya, senang melakukan maksiat yang ringan-ringan (bercumbu, berpelukan)dengan lelaki-lelaki favorite. (Saya memilih) Hidup saya sentiasa bertukar lelaki. Bila bosan saya cari lain.

Beberapa tahun kemudian rezeki saya di jabatan kerajaan. keadaan jauh berbeza kerana saya dihantar posting ke kawasan perkampungan. sedikit sebanyak menyekat kehidupan bebas saya.

Saya jatuh cinta dengan colleague (si C), sbb budi pekertinya, pemurah, ramah dgn orang tua dan ada pengetahuan ilmu agama yang tinggi. Walaupun pada permulaan kami ditentang oleh kawan-kawan sepejabat. Ramai yang mencemuh, yang tidak puas hati dgn saya.

Ada yang mengetahui sikap "senang" saya dgn lelaki terdahulu. mereka cuba mencucuk si C. Berulangkali saya mengatakan sy tidak akan repeat perangai lama. Kami berjaya melepasi "cakap-cakap orang" tersebut.

Setinggi mana pun ilmu agama, kalau dah berdua-duaan terpesong juga. Saya dan si C juga berulang kali melakukan hubungan intim. Dan dia berjanji akan menikahi saya. Hampir berkali-kali dia meluahkan rasa untuk masuk meminang, tapi apabila dia menyuarakan hasrat tersebut saya atau dia akan switch mind. timbul perasaan pelik seolah-olah takut pada komitmen. Tapi bila perasaan pelik hilang, saya mendesak si C untuk bernikah.

Akhirnya si C dapat offer utk berpindah. Dan saya telah dapat rasakan dr awal lagi yang kami akan berpisah. Si C seorang yang tidak tetap pendirian. Asal kena cucuk dia mudah goyah, bertukar fikiran. Dalam tempoh selama bersama si C, saya sangat setia, tidak memberi peluang langsung pada lelaki lain untuk mendekati. pendek kata dialah lelaki terakhir utk diri saya. pernah berberapa kali kami berbalah dan putus tapi dia memujuk utk meneruskan hubungan ini. itu sbb sy yakin dia akan jadi milik sy.

Tapi betullah telahan saya, kami bertahan selama 3thn lebih.

Alasannya dia mengatakan dia tak sanggup memperisterikan saya kerana saya seorang yang telah ditebuk tupai. Saya tak sangka dia akan cakap begitu memandang saya telah berulangkali memesan lets by gone be by gone... perkara yang lepas mmg tak boleh diperbetulkan semula.

Saya down, depressed yang amat. saya mula bercampur dgn orang2 yang tak betul. masa tu pendek sangat akal saya. sy merokok, minum dan mencari keseronokan dgn lelaki yang mmg cuma nak kan 1 nite stand.

dalam pada masa yang sama si C masih bertanya kabar, kadang2 dihulurkan duit belanja.

saya jadi keliru. adakah kelakuan dia tu disebabkan rasa bersalah meninggalkan saya atau sengaja nak menyakitkan hati saya lagi? Dia pernah menangis melihat saya menjadi perempuan yang tiada hala tuju tapi tak mampu berbuat apa2.

Serious sy sgt keliru. Sy nak lupakan kesedihan, sy kenal dgn ramai lelaki. Memandangkan umur sy hampir menginjak 30thn, rata2 mereka cuma mengambil kesempatan. mgkn sy terlalu menunjukkan kemahuan utk bersuami yang mendesak. Saya mudah tidur dgn lelaki2 yang saya rasa kan berduit. saya menjadi murah sgt. Sbb untuk dapatkan cinta lelaki sy perlu menyerahkan bodi. mmg sy bodoh

Dengan keluarga yang mula bertanya, dengan perli dan ejekan kawan-kawan sekeliling. Saya jadi tertekan. saya jadi malu. Hendak berhenti kerja, sy dah dapat kelayakan tetap.

Saya buntu. Saya jadi benci dgn lelaki. Semua lelaki saya samakan. Kalau ada pun yang ikhlas cuba untuk berkawan, saya gagahkan diri utk menerima dia 1-2bulan kemudian saya tinggalkan. Saya jadi meluat dan merasakan mereka cuma berpura2.

bila saya keseorangan, saya jadi sedih, jadi gelisah. sy banyak menolak ajakan dari lelaki yg hendak menikahi saya.

apa yang berlaku pada saya? Sekarang sy cuba mendekati Allah. cuba dapatkan ketenangan hakiki. sy betul2 menyesal. Tapi saya tahu orang berdosa seperti saya doanya mungkin tidak dilayan. solat pun masih berlubang sana sini. rambut pun masih berkarat, ntah kan kena air sembahyang atau tidak.

bila perubahan ini dihidu oleh rakan2 sepejabat, mereka mengetawakan saya. tambah2 yang dah berkawin dan beranak pinak ni... lancang mulut nak mengata ttg diri sy.

saya sedih dgn kehidupan ini. kawan2 yang bersosial teruk dulu, sampai termengandung anak luar nikah boleh je bersuami, bahagia dgn anak2. kdg2 sy bersangka buruk dgn Allah kenapa Dia double standard dgn saya.

Saya ada masalah jiwa ke?? patut ke saya rujuk pada psychiatrist?? No



amiys3364

Posts : 1
Join date : 14/09/2011

Back to top Go down

Patut ke saya dirujuk pada hospital mental?? Empty hye

Post  Mr FE Sat Sep 24, 2011 11:11 pm

hi...salam perkenalan dari saya.. pertama kali saya masuk ke ruangan ni..saya rasakan ramai orang mula memilih kaunseling secara online..sebab ramai yang sudah tidak boleh dipercayai lagi dluar sana..

pertama sekali..saya harap kita dapat berkongsi cerita.. setelah saya baca dari mula masalah u..saya rasakan semua ini soal perasaan dan hati.

saya agak dapat meneka, u dah beberapa kali cuba untuk berubah. tapi memang susah. i berani kata yang mcm tu, sebab i tgh mengalami masalah yang agak sama buntunya dengan u.

apa2pon i harap u tabah, sebab daripada penjelasan u, i tengok u dah berjaya lepas tahap tu. u dah terbuka hati untuk berubah..i wish u goodluck..

Mr FE

Posts : 2
Join date : 24/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum