Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

mak pilih kasih

2 posters

Go down

mak pilih kasih Empty mak pilih kasih

Post  afifah94 Mon May 06, 2013 8:09 pm

Assalamualaikum
nama saya afifah,umur 19 tahun.yang buat saya kesal sangat dengan mak saya ni,dia pilih kasih.serius kalau dia sayang akak saya lebih takpelah tapi bayangkan saya yang banyak tolong dia tapi dia cakap saya tak tolong dia apa-apa pun.bandingkan saya dengan akak saya,akak saya lebih ceria lembut dan terutama sekali cantik.apa lah nak dibandingkan dengan saya ni,nakal kasar dan kuat melawan namun apa2 kerja rumah semua saya sanggup berpenat lelah demi mak saya.kalau saya buat kerja segunung pun belum tentu mak saya akan nampak apa yang saya buat kalau ada pun dia akan cakap tu memang kerja saya kalau tak siapa lagi nak buat tapi kalau akak saya yang menolong contohnya kemas rumah,dia akan memuji muji seolah olah dia ada seorang anak perempuan yang tersangat hebat dan itu sajalah yang boleh diharap.kalau saya mengampai baju dan mengemas rumah dia akan cakap semua kerja tu mesti akak saya yang buat so lain kerja dia suruh saya buat sebab nak kasi akak rehat.saya sedih sangat Sad akak saya memang baik orangnya,sering memujuk saya agar bersabar namun saya sudah tidak tahan kerana akak saya takkan faham rasanya jadi diri saya.lepas tu yang buat saya sedih lagi,kalau pilihan teman lelaki saya mesti mak tak berkenan,jahat lah,warga asing lah dan paling menyedihkan dia kata teman lelaki saya telah menggunakan jambi jambi untuk buat saya suka dekat dia,kenapa sampai ke situ mak saya fikir.saya kenal dengan siapa saya berkawan.Kakak saya juga mempunyai pilihan lelaki dia dan tidak mengejutkan saya pun bila mak memuji akak pandai memilih lelaki,baik putih sopan dan pandai.saya tidak memandang rendah dgn pilihan saya malahan saya bangga kerana dia yang selalu mengingat kan saya supaya banyak bersabar dan taat kepada mak saya kerana saya mempunyai seorang mak saja.macam mana saya nak selesaikan masalah ni..saya buntu dan saya rasa kosong malahan saya turut rasa bahawa saya tidak mempunyai sesiapa lagi.saya selalu berdoa tpi mungkin Allah tahu saya yang tidak layak mendapat sesiapa yang menyayangi saya kerana saya.

afifah94

Posts : 1
Join date : 06/05/2013

Back to top Go down

mak pilih kasih Empty Re: mak pilih kasih

Post  UnseenXX Wed May 15, 2013 1:53 pm

kalo nak lari rumah ckp ngan aku,aku pun nak lari rumah gak,umur aku form 5,rasa bosan lak nak lari rumah hidop sorang2

UnseenXX

Posts : 1
Join date : 15/05/2013

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum