Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perlukah memusnahkan diri demi tanggung jawab

Go down

Perlukah memusnahkan diri demi tanggung jawab Empty Perlukah memusnahkan diri demi tanggung jawab

Post  Laili Mon May 21, 2012 5:33 pm

Salam sejahtera. Disini ingin saya meminta pandangan tentang beberapa situasi yang saya hadapi. Saya wanita dalam linkungan 30an - 40an, berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Rumah tangga saya memang bermasalah bermula tahun 2001. sayalah yang menanggung setiap perbelanjaan keluarga. Saya pernah didera secara fizikal dan emosi oleh suami. Pernah lari meninggalkan suami, pernah membuat aduan di balai polis malah pernah membuat tuntutan cerai di Mahkamah Syariah. Tetapi suami tidak setuju menceraikan saya dan tuntutan kos dan masa untuk meneruskan kes tidak mampu saya sediakan. Kes saya sempat berjalan selama 3 tahun sahaja tanpa jalan penyelesaian. Hidup saya sentiasa mendapat gangguan dari suami sehingga saya susah untuk bekerja. Demi anak akhirnya saya bersetuju kembali pada suami setelah 3 tahun hidup berasingan dengan syarat dia tidak memukul atau mengganggu urusan pekerjaan saya. Keputusan saya mungkin baik untuk anak supaya mereka dapat kehidupan yang normal, namun semakin hari saya merasa sukar untuk meneruskannya. Walaupun suami tidak lagi memukul dan mengganggu urusan kerja, dia mengambil kesempatan untuk lepas tangan dari tanggung jawab menanggung keluarga. Dia sering balik selepas mengambil bahan terlarang dan demi mengelak pergaduhan di hadapan anak-anak, saya terpaksa menurut kemahuannya. Saya merasa tertekan sehingga akhirnya suami turut mempelawa saya mengambil bahan terlarang. Supaya lebih memudahkan saya menunaikan tanggungjawab sebagai isteri saya menerima pelawaan suami. Saya marah dengan diri sendiri atas tindakan saya, namun saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dalam keadaan normal dan saya perlu lindungi anak-anak daripada pertengkaran. Apakah yang boleh saya lakukan dan apakah saya mesti terus memusnahkan diri demi melindungi anak-anak....

Laili

Posts : 1
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum