Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

kehidupan bz memanjang

Go down

kehidupan bz memanjang  Empty kehidupan bz memanjang

Post  alornk Sun Nov 20, 2011 4:27 pm

salam...

saya baru terjumpa portal forum ni n rasa ni mgkin tmpat sesuai saya lontarkan rasa hati yg mendesak hati saat2 ini...ikutkan saya x berminat nk berkongsi rasa dgn org lain, mungkin kerana ego lelaki, namun saya rasakan saya x mampu membendung rasa penat dan leteh melayan masalah sendirian. mungkin sesuatu harus diselesaikan daripada msalah yg saya hadapi.

saya adalah seorang penjawat awam, senang cerita guru lepasan univ. berusia d pertengahan 20-an membuatkan masa ini adalah masa produktif untuk saya belajar pelbagai perkara dalam profesyen saya. saya seorang yang aktif di sekolah d mana saya bertugas selayak dgn pengetahuan yg saya miliki smasa d kampus. di sini tidak ada masalah berlaku malah mendapat reaksi positif daripada takan2 sejawat. namun kadang2 saya rasakan saya x menemui kebahagian menjadi seorng guru atau dgn kata lain bekerja d bawah bumbung sekolah kerana saya rasakan saya xda jiwa pendidik yg salah satunya kerana penat dgn pelbagai ragam budak2. antara mengajar di kelas dan mengurus persatuan dan kerja2 pengkeranian, saya lebih suka menyetelkan kerja2 pengkeranian. tugas guru yg multipurpose juga membuat saya rasakan saya x cukup masa dalam sehari dan setahun untuk menyetelkannya kerana tugasan guru dari ke hari semakin mencabar dan x akan habis2. lama kelamaan saya semakin bosan dengannya...leteh.

dalam pada masa sama, kerana rasa cintakan ilmu, saya mendaftar untuk pengajian yang selanjutnya. pada saya dgn mempunyai tahap akademik yang tinggi ia dapat meningkatkan self-esteem diri saya...malah bila mana berada di kuliah pada sebelah petang 2 hari setiap mggu saya rasakan keseronokannya hingga lupa kepada hal ehwal seolah sementara waktu. setelah hampir 2 tahun jadi boleh dikatakan hadir ke kuliah adalah terapi kepada tekanan kpd beban kerja saya sbg seorg guru sekolah. namun belajar ni bukanlah sesuatu yg suka2 maka saya ttp fokus dgnnya..n masalah saya di sini adalah, bilamana kehidupan saya telah berpecah dua antara profesyen dan juga pelajar ia membuatkan kehidupan saya makin padat. tugasan kuliah dan tesis selain mbaca nota juga mmbuatkan saya semakin takde masa untuk yang lain.

rentetan itu membuatkan saya xde masa nk fikirkan hal ehwal kehidupan lain..hubungan sosial saya dgn rakan2 dan saudara mara makin renggang gara2 saya sebok..hujung minggu pula kerana leteh saya reserved kan satu hr tanpa keluar rumah gara2 mahu rehat dan menyiapkan tugasan2 seolah, kuliah dan kerja2 dirumah sementelahan saya masih tinggal bersama ibu bapa. n kerana ksebokan ini membuatkan saya xde masa nk fikir soal kahwin...pada sya ia sesuatu yg menyemakkan fikiran saya..pernah cuba memikrikannya namun ia makin menyakitkan otak lalu saya biarkan ia berlalu...

namun, baru2 ini situasi saya mula berubah..saya makin x keruan bilamana adik lelaki saya yang baru habis belajar dan bekerja telah bercadang untuk berkahwin. terkejut besar ahli keluarga...lalu skali lg ia menjadi tekanan kepada saya kerana saya kini menjadi fokus...sbg abg, tentulah xnk istilah langkah bendul terjadi..pada saya lantak lah..saya x kisah..tp dalam hati saya betul2 ambil kisah...saya x tau bagaimana nk hadapi saat2 ini...saya penat..penat dan penat. bukan x mau kahwin tp situasi saya x mengizikan...

saya harap sebahagian cerita saya ini dapat mereleasekan hati saya...kalu ada apa2 cadangan nasihat n panduan saya mohon dikongsikan...wallahu a'lam.

alornk

Posts : 3
Join date : 20/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum