kuat onani
3 posters
Page 1 of 1
kuat onani
Salam, sy sgt suka melakukan onani . Nafsu sy terlalu kuat . Jika xdikawal , sy boleh beronani beberapa kali dlm sehari . Sy risau sy tidak boleh hamil bila kawin nnti . Toong sy hilangkan tabiat buruk sy ini.
miszmeen- Posts : 2
Join date : 20/02/2014
Re: kuat onani
Assalammualaikum saudari. Semoga saudari dalam keadaan sihat dan baik2 sahaja. Saudari harus tahu onani juga adalah termasuk dalam perbuatan yang haram disisi agama islam. Perlakuan onani dapat mendatangkan mudarat dan kesan tidak elok kepada tubuh badan saudari. Hal ini kerana islam mengharamkan setiap perbuatan yang haram dan mendatangkan mudarat kepada tubuh badan manusia. Saudari harus menanamkan azam dan ingatan dalam diri saudari bahawa tidak wajar dan berdosa besar melakukan perbuatan beronani dan berusaha menjauhi perbuatan keji ini. Kemungkinan saudari ada melakukan sesuatu yang dapat menaikkan nafsu sehingga mengakibatkan saudari ketagih dan berulang2 kali melakukan onani. Perkara yang boleh membantu saudari menjauhkan diri dari perbuatan keji onani ialah dengan mengelak menonton/melihat/mendengar perkara yang menaikkan nafsu syahwat serta berzikir mengingati Allah. Malah jika saudari terasa ingin melakukannya ketika itu, saudari berusahalah melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah, keluar bersama kawan atau berbual2 dengan keluarga. Berdoalah kepada Allah supaya dijauhkan dari ketagihan onani kerana senjata ampuh orang Islam adalah berdoa. Saya doakan semoga saudari dapat menghilangkan penyakit saudari ini.Amiiiinnnn
arie75- Posts : 7
Join date : 18/03/2015
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum