Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mencari Kekuatan

4 posters

Go down

Mencari Kekuatan Empty Mencari Kekuatan

Post  Ingin Bahagia Sun Oct 24, 2010 1:11 pm

Salam Sejahtera.

Sukar bagi saya untuk meluahkan apa yang membengkak dalam hati kepada orang di sekeliling saya. Namun saya perlu untuk meluahkannya juga kerana saya sudah tidak mampu membawanya sendirian, saya ingin meletakkan masalah-masalah yang melanda dan ingin menyelesaikan setiap satunya dan hidup bahagia. Tergerak untuk saya mencari ruangan seperti ini dan alhamdullah saya sudah bertemu dan mudah-mudahan dapat membantu mengurangkan beban yang saya galas. Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan inisiatif ini.

Saya seorang wanita, berumur pertengahan 30 an, belum berkahwin, bekerja sebagai pegawai kerajaan dan kini sedang menyambung pelajaran secara sepenuh masa. Bapa saya sudah meninggal dunia dan masih memiliki seorang ibu,Alhamdullilah dalam usia lanjut tapi masih dianugerahkan kesihatan yang baik serta adik beradik seramai 8 orang (saya anak ke 9, anak paling corot) yang semuanya tinggal di selatan tanah air. Hanya saya seorang dalam keluarga yang tercampak jauh mencari rezeki di ibu kota metropolitan ini. Saya tinggal menyewa bersama teman serumah yang membawa hal masing-masing. Saya mempunyai teman lelaki berstatus suami dan mempunyai enam cahaya mata yang saya kenali sejak 3 tahun yang lalu. Itu sedikit latar belakang saya yang saya rasa menyumbang kepada permasalahan dan mungkin penyelesaian kepada masalah saya.

Masalah saya bercampur-campur dan tak tahu mana punca, mana satu akibat, mana yang harus diselesaikan dahulu dan mana yang harus dikemudiankan.. Tapi saya tahu saya mesti menyelesaikan masalah saya supaya saya dapat merasai kebahagiaan.
Saya melihat masalah saya ini dari sudut pandangan saya, mungkin tidak sama dengan anda tetapi mungkin dengan berkongsi sudut pandangan lain, saya dapat melihatnya dari perspektif yang berlainan dan berkemungkinan boleh selesaikan masalah saya.

Sebagai seorang pelajar (pelajar tua), sasaran saya ialah fokus kepada pelajaran saya dan mencapai kejayaan. Tetapi masalah yang sedia ada, yang baru dan yang mengekori terus menyebabkan saya gagal untuk fokus, tambah memberi tekanan dan tambah lagi mengusutkan keadaan dan saya tak mampu mengawalnya. Memang niat dan cita-cita saya untuk menyambung pelajaran dan saya yakin saya mampu menjadi pelajar yang baik sebelum saya mendaftar. Namun berlalu sudah 2 semester dan saya masih lagi berperang dengan diri saya dengan masalah-masalah saya supaya saya boleh jadi pelajar yang baik. Sungguh mengecewakan .. Crying or Very sad

Untuk mengatasi masalah di atas saya cuba mendapatkan sokongan dari teman lelaki. Tapi amat mengecewakan. Saya tak tahu macam mana saya nak luahkan di sini. Saya amat menyayanginya walaupun saya tahu saya hanya bermain dengan api dan dia kata juga sayang kepada saya dan kami berjanji untuk berkahwin selepas saya tamat belajar. Tapi..oh!! sungguh mengecewakan.. bukan saja saya tak dapat sokongan tapi dia sekarang tidak mengendahkan saya dengan alasan sibuk dengan urusan kerja di luar negara. Saya merasakan amat keseorangan dan sendirian. Saya juga tak mampu nak tinggalkan dia kerana dalam keadaan sekarang saya tak mampu nak berdepan dengan satu lagi kekecewaan. Saya adakalanya saya terfikir kalau sudah alang-alang kecewa dan sedih tidak diendahkan begini, lebih baik putus saja..tapi hati saya sangat sayang padanya...saya tak mampu...tolong lah saya apa yang harus saya buat..

Untuk mengadu kepada mak dan adik beradik lain, saya malu dan ego. Mak dan adik beradik memang tidak membantah tetapi tidak menyatakan sokongan dengan jelas sebab mereka tahu adik diaorang ini mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Cuma mak pada awal keputusan saya untuk sambung belajar dia tidak suka sebab dia lebih suka saya kahwin dulu. Tapi akhirnya dia dapat menerimanya..Saya juga adalah adik yang dijadikan tempat untuk mereka bergantung semasa susah atau senang, jadi saya seperti malu dan ego nak mengadu hal-hal sebegini pada adik beradik yang lain. Tambahan lagi mereka tidak menyokong walaupun tidak membantah secara terang-terangan hubungan saya dengan teman lelaki...entah lah ...saya merasakan saya amat keseorangan dan sendirian dalam mengharungi pelbagai masalah yang saya hadapi.

Saya juga malu untuk mengadu dengan teman-teman berkali-kali, sekali saya mengadu dan jika saya ada masalah lagi saya malu untuk mengadu lagi..saya rasa saya seperti akan menyusahkan mereka berkali-kali. Saya berkehendakkan untuk menyelesaikan masalah saya sendirian tetapi saya tak mampu, dan saya malu untuk mengadu berulang kali.. kan saya dah kata, saya memang banyak masalah.

Tapi satu hal yang saya pasti, saya tidak akan berputus asa untuk menyelesaikan masalah saya..moga ruangan ini dan anda semua tidak kisah saya mengadu berkali-kali...

Terima kasih..

Ingin Bahagia

Posts : 2
Join date : 24/10/2010

Back to top Go down

Mencari Kekuatan Empty Ada jalannya

Post  heydaya Mon Sep 12, 2011 3:17 pm

Post ini dah lama. Saya tahun ni sahaja dapat tahu ruangan ini. Sebenarnya kan kan bagus jika kita berkawan Very Happy Ya, masalah memang banyak. Saya pernah berkawan dengan suami orang juga. Duda pn pernah. Saudari tidak dapat fokus belajar? Anda setuju tak jika saya katakan yang saudari hanya nak kawan yang sekepala dengan saudari sahaja. Saya perempuan juga. Bila umur kita makin lanjut, kita inginkan belaian. Bila dengan sejantina memang ada perasaan malu, segan, tercabar, kepura-puraan akan terjadi. Ya, serba salah apabila tiada seorang yang secara automatik terlintas di kepala kita apabila kita dalam kebuntuan. Adakah lelaki juga begitu? tongue Post ini tahun lepas, saya tertanya2, adakah anda masih mengikuti post ini. Harap saudari dapat baca reply post ini. Cuba join kumpulan wanita belajar al-quran. Saudari di bandar metropolitan, banyak kemudahan. Bacaan ayat quran mententeramkan. Benar. Memang tidak menyelesaikan masalah. Namun, saya yang liat,tangguh,lompong,meremehkan solat, akhirnya tergagap2 baca quran, namun, saya tenang seketika. Kemudian, saya sudah dapat bersedia mendengar. Mendengar, telan air liur bila banyaknya kelemahan saya dickp belakang. Bacaan quran, solat tekun, saya tenang, redha, nth darimana ada tekad itu, ini, rupa2nya tuhan guide jln penyelesaian. Cinta, berkawan, berharap dengan lelaki orang bukanlah penyelesaian. Komitmen hati kita kata-kata Illahi itu pembawa penyelesaian masalah kita. Tak apa diri rasa keseorangan, ingatkan kembali hati, minda, Allah ada tengah tengok kita, tengah tunggu bersedia untuk dengar luahan hati kita, kita tak rasa sbb xberkenalan pn dgn tuhan dulu sepertimana kita berkenalan dgn org tersayang. GoodLuck!!

heydaya

Posts : 5
Join date : 12/09/2011
Age : 40

Back to top Go down

Mencari Kekuatan Empty sepinya forum ni

Post  helena_empire Thu Feb 02, 2012 2:26 pm

post da lama, reply hey daya pon agak lama, sy baru join. Embarassed .sy setuju dgn hey daya..apa yg dilalui daya ada sedikit persamaan dgn apa yg dilalui sy, regret it,seriously... baliklah kita mencari kekuatan dari Dia yang Maha Esa..situ je jalannya...usah seksa diri menagih cinta dari org tak sudi, memperbodohkan diri yg tak bodoh tu , buat pe? klu kita tgk drama, pmpuan teraniaya lah ape lah, watak pmpuan tu mesti kita kutuk kaw2.."bodoh betul la, da laki tu tak mau blah je la..ape la.. "tu la ayat2 kita smbil dok tgk drama buang masa tu..mmg ckp senang..hati sndiri sapa taw..tp idup kita ni takleh ikut hati saje, kena guna akal jgak, sama la jgak takleh ikut akal je 100%, kne ada bantuan hati, maksudnya kena balance lah.. tuhan bagi akal dan hati utk apa kan? What a Face
helena_empire
helena_empire

Posts : 3
Join date : 02/02/2012
Age : 38
Location : north

Back to top Go down

Mencari Kekuatan Empty Re: Mencari Kekuatan

Post  damai Tue May 08, 2012 6:07 pm

sebenarnya laman web ni masih aktif ke

damai

Posts : 7
Join date : 08/05/2012

Back to top Go down

Mencari Kekuatan Empty Re: Mencari Kekuatan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum