Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

tolong dengar masalah saya

3 posters

Go down

tolong dengar masalah saya Empty tolong dengar masalah saya

Post  slytherin_princess Sun Oct 27, 2013 2:40 am

Saya seorang kakak berumur 21 tahun.tapi saya x seperti kakak2 yang lain.personaliti saya lebih kepada seorang adik dan adik2 saya seperti abang dan kakak saya.saya anak yang sulung.disini saya mahu cerita tentang adik perempuan saya yang berumur 16 tahun,(akira) saya tidak begitu rapat dengan dia tapi baru2 ni dia ceritakan macam2 pada saya. Dia seorang pelajar yang pintar dan jauh berbeza dgn saya. Result pmr & upsr dia straight A,sgt jauh dgn saya yang GAGAL dlm beberapa mata pelajaran. Saya selalu bertengkar/bergaduh dgn dia sebab saya betul2 bencikan dia hanya kerana ayah saya memanjakan dia,saya selalu berkata didalam hati,(eleh..,ayah syg akira sebab dia pikir akira boleh tanggung dia bila time dia tua nanti) .ya saya seorang anak yang kurang baik. Saya dan ayah saya tidak terlalu rapat seperti akira &ayah.akira seorang yang pada mata saya sangat kuat.dia boleh dikatakan alim kerana dia bersekolah agama.
Dia ceritakan tentang katakutan yang dia alami bila dia dekat dengan mana2 lelaki. Pada mulanya saya ingatkan dia bercerita tentang guru sekolah agamanya(ustaz) yang pernah merogol pelajar sekolahnya iaitu kawan sekelasnya,dan pernah sekali ustaz itu menyuruh setiap pelajar perempuan perlu membuka seluar dalam sebelum mengambil wudu’ dengan alasan solat/wudu’ tidak sah jika seluar dalam kita ‘kotor’ ,dan akira sendiri pernah beritahu saya yang dia pernah lihat ustaz itu berbogel(sambil menghidu salah satu seluar dalam pelajar perempuan). Tetapi tidak dihiraukan kerana dia fikir itu Cuma khayalannya sahaja. Itu Cuma salah salu dari ketakutan tehadap lelaki yg akira alami.

Tetapi dia juga memberitahu tentang salah seorang pakcik kami,(setan) yang dia pernah pernah menyentuh kemaluan akira(tidak secara langsung kerana akira masih lagi memakai baju dan seluar)
Dan kemudian tangannya diletakkan pada hidung akira. Setan tu betul2 sial. Pada masa itu akira berusia 7 tahun dan saya berusia emm...12 tahun(kalau x silap) dan saya nampak kejadian tuu..masa tu ayah kami mahu tumpangkan dia balik dari melaka ke klang so dia duduk di bhgn belakang. Saya dan adik lelaki saya nampak apa yang dia lakukan terhadap adik kami tetapi apa yang boleh kami lakukan? Saya x sanggup utk tengok, perjalanan kami mengambil masa 2 jam lebih...
Tapi akira ceritakan pada saya itu kali kedua pakcik kami melukan perbutan babi tu... dan saya tanya bila kali pertama? Akira cakap masa tu dirumah kami,diruang tamu dan masa tu ayah ada dekat depan dan sayang sekali dia tidak perasan, kerana dia tidak pernah sangka seorang pakcik boleh ada nafsu pada budak kecil yg baru berusia 7 tahun.

Dan disitu lah berrmulanya masalah yang akira alami. Dia memang takut dengan lelaki,tetapi dia mula berjinak2 dengan video sex.. pada mulanya dia takut tetapi takut itu berubah kepada ketagihan,...setiap saat bila dia keseorangan dan tidak berteman ,dia tidak boleh control daripada melihat benda2 yang memalukan itu, dia melakukan onani terlalu banyak kali., ya,dia seorang perempuan., dan baru harini saya tahu betapa saya betul2 sayang kan dia. Dia pernah mengatakan bahawa Allah memberi nya kepandaian setelah apa yg dia lalui sblm ini, dia betul2 ingin berubah dan saya kagum dgn keberanian yang dia berkongsi masalah dgn saya. Saya harap dia tidah malu dgn saya hanya kerana kami pernah bincang masalah ni.
masalah saya ialah...
-perlukah saya memberitahu hal ini kepada ayah saya? Ayah saya seorang yang berfikiran rasional tetapi tidak tahu pula apa akan jadi jika dia tahu anak kesayangannya melalui semua ini.
-apa yang harus saya lakukan untuk membantu adik saya untuk mengawal nafsu sex ini?
-apa yang harus kami lakukan jika kami berjumpa degan setan tersebut?
-adakah adik saya mempunyai masalah yang sgt serius?


slytherin_princess

Posts : 1
Join date : 27/10/2013

Back to top Go down

tolong dengar masalah saya Empty Re: tolong dengar masalah saya

Post  nurdiana95 Mon Feb 09, 2015 5:08 pm

Bagitahu la ayh . Kalau adik awak tu lost control memang patut jumpa kaunseling . Benda ni melibatkan maruah diri dan keluarga.

nurdiana95

Posts : 2
Join date : 09/02/2015

Back to top Go down

tolong dengar masalah saya Empty Re: tolong dengar masalah saya

Post  arie75 Wed Mar 18, 2015 2:46 am

Saudari yang dikasihi dan dirahmati Allah, saya ingin sarankan kepada saudari cuba untuk menguji fikiran ayah saudari dengan menanyakannya pendapat terhadap perbuatan ahli keluarga sendiri melakukan maksiat dengan saudara sendiri. Jangan beritahu perkara sebenar dahulu, lihat dahulu reaksinya berkaitan soalan uji yang ditanya kepada bapa saudari. Jika bapa saudari tidak kisah, bermakna bapa saudari tidak harus mengetahui cerita ini kerana akan hanya mengeruhkan keadaan hubungan kekeluargaan. 

Saya sama sekali tidak menyangka penyakit pedofilia (orang dewasa bernafsu terhadap kanak2 wujud di Malaysia kerana selama ini hanya selalu melihat kes2 cerita jenayah seks pedofilia di movie Law & Order orang putih tu/ pak cik saudari itu cuba mengambil kesempatan atas ketidakupayaan seorang kanak2 kecil seperti adik saudari sahaja?) Adakah pak cik saudari itu dah berkahwin dan mempunyai anak? Sekiranya belum, bermakna dia memang pedofilia, kerana pedofilia kebanyakannya tidak berkahwin kerana bernafsu kepada kanak2/remaja muda sahaja.

Dikhuatiri sekiranya bukan, kemungkinan untuk pak cik saudari menyerang dan merogol saudara2 perempuan keluarga saudari adalah besar kerana nafsu yang tidak boleh dibendung-sudah berani mengambil kesempatan mencabuli adik saudari sendiri. Jika perlu beritahu emak saudari sekali supaya tindakan boleh diambil terhadap perbuatan keji pak cik saudari. 

Berbincanglah dengan orang dewasa yang saudari lebih rapat untuk menasihati pak saudari agar malu dan berubah ke pangkal jalan. Saudari dan adik2 perempuan saudari hendaklah berusaha menghindari dari mendekati/ duduk dekat berhampiran pak cik saudari sekiranya dia bertandang ke rumah keluarga saudari atau terserempak di mana2. Saudari harus bertindak pantas membantu adik saudari keluar dari ketagihan onaninya itu, paksalah dia buang segala video seks yang menjijikkan otak dan menaikkan nafsu adik saudari, juga ajaklah dia berbual, beriadah atau melakukan aktiviti2 lain yang lebih bermanfaat dan sihat untuk tubuh badan. Saya doakan semoga saudari berjaya menyelesaikan masalah adik saudari, amiiiinnn Smile

arie75

Posts : 7
Join date : 18/03/2015

Back to top Go down

tolong dengar masalah saya Empty Re: tolong dengar masalah saya

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum