Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GILA TALAK

2 posters

Go down

GILA TALAK Empty GILA TALAK

Post  misha4072 Tue Dec 21, 2010 6:10 pm

Masalah saya berkenaan dgn bekas suami yg seolah-olah tidak dpt terima hakikat kami sudah berpisah. Dia sering berharap saya akan kembali kepadanya sdgkan saya sudah fobia utk hidup dgn nya.

Bekas suami saya seorang panas baran, pernah memukul saya, memaksa saya menyerahkan sebahagian wang gaji saya selama usia perkahwinan kami. Jika saya tak bagi, mmg melayang lah pinggan mangkuk, pecah lah barang2 rumah. Kononnya wang itu digunakan utk membeli kerperluan rumah, bukankah itu tanggungjwb dia sbg suami.

Sikap acuh tak acuh pada keluarga saya juga membuatkan saya mula benci dan tawar hati, di mana dia melebihkan kepada keluarganya sahaja. Saya rasa tak ada 'give and take' dlm hubungan kami sbg suami ister.

Hinggalah satu hari, kesabaran sudah meletus hingga saya angkat kaki, bekerja di Kuala Lumpur walaupun dia tidak merelakan. Saat itu mulalah hubungan kami bertambah renggang hingga saya memutuskan untuk meminta cerai. Berkali-kali juga saya minta dilepaskan, kerana saya tahu saya lah lombong emas beliau, takkan semudah itu utk dilepaskan.

Akhirnya dia bersetuju utk menceraikan saya dgn syarat, setiap bulan saya harus memberi wang kepadanya atas alasan utk menanggung anak. Dia mahu menjaga ketiga-tiga anak saya, itulah taktiknya. Kerana sekiranya anak-anak di bawah jagaan saya, beliau terpaksa memberi wang nafkah kepada mereka. So saya pun bersetuju dgn syarat itu.

Mulai dari itu, saya menyerahkan RM630 sebulan kepada dia utk saraan anak, tetapi itu pun tidak cukup baginya. Sekarang tiba menjelang musim persekolahan, dia meminta saya memberi lebih dari yg sepatutnya. Tapi saya memberitahu bahawa saya tidak dpt memberi lbh dr yg biasa krn saya juga perlu menanggung kos hidup saya, dan saya juga akan berkahwin tidak lama lagi.

Bila dia dpt tahu saya nk berkahwin dgn orglain, dia mula mengganggu saya dgn mengatakan saya mementingkan diri sendiri tak memikirkan anak-anak, Dia juga berkata sepatutnya saya memberikan 40% dari gaji saya kepada dia utk menyara anak-anak. Hati saya sgt sakit krn selama ini bantuan yg saya beri seolah-olah mcm angin, x pernah cukup bagi dia. Sekarang dia sering menghantar sms kepada saya dgn kata-kata sindiran yang saya sedang mabuk bercinta hingga tak ingat pada anak2, saya sanggup mendirikan kebahagiaan di atas airmata anak-anak. Macam2 lagi kata sindiran yg dihantar setiap hari. Sdgkan anak-anak saya sudah mengetahui ttg rancangan perkahwinan dan mereka tiada halangan. Hubungan saya dgn anak2 spt kawan karib, dan mereka amat memahami masalah saya dari dulu sehingga sekrg. Cuma mereka merahsiakan dr pengetahuan ayah mereka krn mereka arif ttg perangai ayah mereka itu.

Saya tahu dia sakit hati krn telah beberapa kali dia ingin merujuk tp saya tidak mahu krn saya fobia & tak dpt nk terima dia lg dlm hidup saya. Mcm2 perkara yg menyakitkan hati telah dia lakukan dan segala apa yg telah saya beri, mmg tidak nmpk langsung di matanya. Senang ckp mmg saya tak dihargai sehingga setelah bercerai baru dia sedar..semuanya sudah terlambat.

Skrg saya cuma risau andai dia meracuni fikiran anak2 saya sehingga mereka membenci saya satu hari kelak. Yg penting saya tak pernah lupa tanggungjawab saya sebagai ibu. Saya akan berkahwin tak lama lagi, tapi saya risau apa lagi yg bekas suami saya akan buat selepas ini, krn dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan saya bukan lagi milik dia.


misha4072

Posts : 1
Join date : 21/12/2010
Age : 47
Location : Kuala Lumpur

Back to top Go down

GILA TALAK Empty Re: GILA TALAK

Post  arie75 Wed Mar 18, 2015 1:53 am

Assalammualaikum saudari yang dikasihi, semoga saudari dalam keadaan baik2 dan sihat walfiat. Setelah membaca dan mengamati masalaha saudari ini, saya dapati saudari telah membuat 3 kesilapan: 1) Meninggalkan anak2 dalam jagaan bekas suami,  2) Memberi wang nafkah kepada bekas suami walaupun telah bercerai dan telah tiada apa2 hubungan lagi, walhal dialah yang harus memberi saudari wang fasakh. Walaupun saudari telah berjanji, janji ini boleh dibatalkan dari sisi islam kerana tidak wajib bagi bekas isteri membayar nafkah kepada suami walaupun dia menjaga anak saudari. Malah dialah harus memberi wang fasakh setiap bulan dan berhenti sekiranya puan berkahwin lain. Malangnya saudari ditipu dan dipergunakan sekali lagi oleh bekas suami.
3) Saudari harus menjauhkan diri dan tidak berhubung dengan bekas suami serta tidak mempedulikannya selagi dia tidak insaf dan bekerja sendiri. 

Saya yakin sekiranya saudari mengelak dari melakukan ketiga-tiga perkara di atas, pasti bekas suami saudari tidak akan menganggu hidup saudari lagi. Malah saya khuatir jika hubungan suami isteri saudari dengan bakal suami saudari akan terjejas keharmoniaannya kerana pemberian nafkah saudari kepada bekas suami yang bergantung wang kepada saudari. Saya berharap semoga saudari mengambil semula semua anak2 saudari yang didalam jagaan bekas suami dan diasuh sendiri oleh saudari agar tidak terikut2 sikap bekas suami yang pemalas dan tidak mahu bekerja kelak. Malah kemungkinan fikiran mereka akan diracuni oleh bekas suami. Semoga saudari terus tabah menghadapi ujian ini dan sentiasalah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan kehidupan saudari dan dijauhkan daripada gangguan bekas suami saudari.

arie75

Posts : 7
Join date : 18/03/2015

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum