Kaunseling Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

paranoid kah?

Go down

paranoid kah? Empty paranoid kah?

Post  mirrormirror89 Tue Jan 22, 2013 10:44 pm

salam semua,

saya adalah ahli baru kepada forum ni. diharap anda semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya. begini, saya ada masalah yang bagi saya agak rumit utk diselesaikan.

panggillah saya S, berumur 24 tahun dan tinggal di ibu kota. saya telah berkenalan dengan jejaka F di satu website sosial pada september tahun lepas. dia adalah seorang yang lebih tua dari saya (tapi belum masuk 30 thn) dan dia sgt mengambil berat ttg diri dan kebajikan saya. waktu tu, dia sdg long distance dengan seorang gadis dan saya masih bersama ex saya. dia tidak memperdulikan saya lagi selepas mendapat apa yang dia mahukan

dipendekkan cerita, selepas berjumpa dengan F, saya tertarik dgnnya dan begitu juga dengannya. namun demikian, saya terpaksa memendamkan hasrat saya memandangkan kami berdua masing masing still attached to another person. namun lepas tu, dia mengaku yang dia sukakan saya dan saya juga begitu. hubungan kami berjalan lancar sampailah satu stage yang mengejutkan.

saya disahkan hamil dua minggu pada hujung oktober. F menyuruh saya menggugurkan bayi itu tetapi saya menolak. saya dibiarkan terkontangkanting seorang diri. dalam pada itu, seorang jejaka, N telah menawarkan bantuannya kepada saya dan menyatakan perasaannya pada saya. saya xdapat menerimanya namun demikian, N tetap melayan saya dengan baik dan begitu perhatian kepada kandungan saya. lama kelamaan, saya mempunyai perasaan kepada N dan F telah mengetahuinya dan menuduh saya mencuranginya dengan N. oleh kerana saya tahu betapa pemarahnya F, saya membiarkan dia berlalu pergi kerana menyangka dia akan hidup lebih bahagia tanpa saya.

saya sudah bertekad untuk meneruskan semuanya dgn N nmun tak diduga yg N sbnarnya sakit dan keluarganya telah menghalang niatnya utk memperisterikan saya (kami bercadang utk nikah gantung) pada waktu itu N sudah menerima kandungan itu seperti anaknya sendiri dan sanggup menjaganya. saya merasakan yang semuanya akan ok. namun begitu saya silap

N mempunyai org lain dan telah memburukkan saya dihadapan ibubapanya menyebabkan mereka xdapat menerima saya. saya telah keguguran apabila kandungan itu masuk minggu ke-5. melihatkan penderitaan saya ini, housemates saya rupanya telah menghubungi F dan memberitahu perkembangan saya. ternyata F sebenarnya masih sygkan saya. atas inisiatif housemates saya, akhirnya saya dan F kembali bersama pada penghujung disember lalu. dan F telah melayan saya dengan baik sejak kebelakangan ini dan menyatakan yang kami akan berkahwin pada tahun ini juga. namun dia menyatakan yang dia sibuk dan kemungkinan kami akan berkahwin pada tahun hadapan

baru2 ini, saya disahkan hamil lagi dan kandungan ini sudah masuk minggu ketiga. saya mula perasan yang F mula mengabaikan saya dan seringkali memberi alasan sibuk dengan urusan kerja dan membiarkan saya di sini seorang diri. dia berkata dia cintakan saya cuma dia sibuk. tetapi saya masih ragu2 kerana F pada mulanya tidak percaya yang saya sudah berubah dan memang benar2 setia kepadanya. saya benar2 runsing sekarang dan bimbang jika dia akan berubah hati lagi. dia juga sudah jarang melawat saya (kami long distance). saya benar2 buntu. tetapi saya tidak mahu bersangka buruk. tolonglah saya


risau
mirrormirror89
mirrormirror89

Posts : 1
Join date : 22/01/2013
Age : 35

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum